Thursday, January 14, 2010

AHLI LEMBAGA DIWAJIBKAN KURSUS...!!!

Kursus Wajib ANGKASA Siri 1
Kursus ini merupakan Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi yang diwajibkan kepada Anggota Lembaga Koperasi (ALK) berdasarkan Pekeliling Ketua Pendaftar Koperasi Bil 1. Tahun 2002.

Pelaksana dan Urusetia
Bahagian 4P ANGKASA.

Penganjur

  1. Bahagian 4P ANGKASA
  2. Jawatankuasa Perhubungan Negeri (JPN)

Kelayakan Peserta
Peserta yang layak menghadiri kursus ini adalah seperti berikut:

  1. Anggota Lambaga Koperasi (ALK) yang belum menghadiri kursus
  2. Anggota-anggota koperasi yang berpotensi dipilih sebagai ALK (sekiranya ada kekosongan)

Bilangan Perserta
Peserta bagi setiap kursus adalah 50 orang.

Modul Kursus
Fokus diberi kepada aspek-aspek pengurusan dan pentadbiran koperasi yang mengandungi 6 Modul iaitu:

  • Jati Diri dan Kefahaman Koperasi
  • Memahami Penyata Kewangan Koperasi
  • Tadbir Urus Baik Koperasi
  • Undang-Undang dan Peraturan Koperasi
  • Kaedah Pengurusan Kewangan Koperasi
  • Hak dan Tanggungjawab Anggota Lembaga Koperasi

Setiap peserta akan dibekalkan modul kursus semasa pendaftaran peserta. Peserta-peserta digalakkan membawa buku nota dan rujukan-rujukan berkaitan.

Sijil
Sijil kursus akan diberikan kepada setiap peserta yang menghadiri kursus ini dengan kehadiran penuh dan menjawab soalan uji kefahaman kursus serta syarat-syarat lain yang ditetapkan. Sijil akan dihantar kepada pihak Koperasi masing-masing.

Pilihan Proram
Dua pilihan program disediakan adalah seperti berikut :-

  1. Bermalam (3 hari 2 malam)
  2. Tidak bermalam (2 hari)

Penginapan Dan Makan/Minum

  • Pakej Bermalam

    Peserta akan disediakan bilik penginapan untuk dua orang sebilik (twin-sharing) dan makan/minum disediakan mengikut atur cara yang ditetapkan.

    Pihak penganjur tidak akan menanggung peserta yang tinggal seorang sebilik kecuali berlainan jantina atau bilangan peserta ganjil.

Bagi pakej ini, urusan tempahan hotel akan diuruskan oleh Bahagian 2P ANGKASA.

  • Pakej Tidak Bermalam

    Penginapan tidak disediakan dan makan/minum akan disediakan mengikut atur cara yang ditetapkan.

Pembiayaan
Kos penginapan dan makan/minum dibiayai sepenuhnya oleh Bahagian 4P ANGKASA dan bayaran akan dibuat terus oleh ANGKASA Pusat kepada pihak pengurusan hotel di mana tempat kursus diadakan. Sekiranya peserta yang hadir kurang daripada bilangan tempahan yang dibuat, bayaran bagi hari pertama kursus akan dibuat mengikut jumlah tempahan dan bayaran bagi hari kedua akan dibuat mengikut bilangan sebenar kehadiran peserta.

Bagi kursus yang dianjur oleh JPN, agensi kerajaan dan koperasi, sekiranya peserta kursus yang hadir kurang dari yang dijanjikan, pembayaran pada hari pertama dan kedua adalah mengikut jumlah sebenar peserta yang hadir. Bakinya perlu diselesaikan oleh penganjur berkenaan.

Kos Penyertaan
Tiada apa-apa bayaran dikenakan bagi menyertai kursus ini. Kos tambang pergi dan balik ke tempat kursus ditanggung oleh peserta/koperasi masing-masing.

Cara Memohon
Penganjur (JPN) hendaklah memohon terus kepada Bahagian 4P ANGKASA melalui borang permohonan kursus yang dilampirkan. Borang permohonan tersebut hendakdah dimajukan sekurang-kurang sabulan sebelum tarikh kursus dilaksanakan.

Pengesahan kehadiran secara bertulis dari pihak penganjur hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh kursus dijalankan. Bahagian 4P ANGKASA akan membuat pengesahan rasmi secara bertulis, dalam tempoh dua minggu sebelum kursus dijalankan.

Sebarang pindaan tarikh kursus hendaklah dimaklumkan secara bertulis dalam tempoh tiga minggu lebih awa1. Satu tarikh baru akan ditetapkan atas persetujuan bersama.

Bagi kursus yang dianjurkan oleh JPN, agensi kerajaan dan koperasi, senarai nama peserta yang lengkap hendaklah dimajukan kepada Bahagian 4P ANGKASA selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh kursus dijalankan.

Pembatalan kursus pada saat-saat akhir tidak dibenarkan kerana segala urusan tempahan hotel dan makan/minum serta penceramah terlibat telah diuruskan terlebih awal.

Penyelarasan
Bagi kursus yang dianjurkan oleh pihak JPN, seorang penyelaras JPN layak untuk menyelaras kursus ini mengikut peraturan di bawah:-

  1. Mendapat kelulusan bertulis daripada Bahagian 4P ANGKASA.
  2. Urusan penyertaan peserta mengikut bilangan yang ditetapkan hendaklah diuruskan oleh pihak JPN. Penyertaan peserta hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga buah koperasi.
  3. Sebuah bilik penginapan akan disediakan untuk penyelaras JPN.
  4. Laporan penyelarasan hendaklah disediakan dengan menggunakan borang Laporan Penyelaras Kursus yang disediakan oleh Bahagian 4P ANGKASA. Laporan penyelarasan hendaklah dimajukan dalam tempoh dua mingpu selepas iarikh kursus dijalankan.
  5. Kelayakan tuntutan menyelaras kursus adalah berdasarkan peraturan kewangan ANGKASA.
  6. Menguruskan persediaan dewan, makan dan minum mengikut aturcara
  7. Penyelaras hanya boleh membuat tuntutan sebuah kereta sahaja jika terdapat lebih dadripada satu program ditempat, masa dan anjuran JPN yang sama.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Kursus, Bahagian Pelajaran 4P ANGKASA di talian seperti berikut:-

Hotline
-
03-78037709

-
03-78038024
Kerani Kanan
-
03-78007851
Ketua Unit
-
03-78008133
TKB4P
-
03-78007894

2 comments:

  1. Terbuka kepada penduduk Selangor je ke?

    ReplyDelete
  2. Salam, Ya betul tuan Hj. Asalnya khusus utk usahawan seluruh Malaysia tapi permintaan telah ditolak. Sepatutnya KUIM akhirnya jadi KUIS.

    ReplyDelete