Wednesday, June 9, 2010

PROJEK MASA DEPAN ANGKASA..


Prof. Dato’ Dr. Haji Mohd. Ali Haji Baharum turut menyentuh mengenai bidang perniagaan yang akan diceburi oleh ANGKASA bagi meningkatkan pendapatannya. Antaranya ialah projek BUSANA iaitu perniagaan uniform sekolah, perniagaan kertas, Skim Tabarru’, wakaf koperasi dan ejen kutipan zakat.

“Apa yang pasti ANGKASA tidak akan bersaing dengan mana-mana koperasi dalam perniagaan yang akan diceburinya nanti. Selain itu, ANGKASA turut merakamkan terima kasih atas keprihatinan pihak kerajaan kerana sentiasa memberi kerjasama yang cukup baik. Misalnya, urusan potongan gaji masih lagi diserahkan kepada kami walaupun ada beberapa pihak cuba mendapatkan kod potongan dari pihak kerajaan dalam kegiatan tersebut,” jelas beliau.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua ANGKASA, Dato’ Haji Abdul FattahHaji Abdullah menyentuh mengenai penyertaan ang-gota dalam gerakan kope-rasi. Katanya, kira-kira 96 peratus keanggotaan kope-rasi adalah terdiri daripada orang-orang Melayu. Jika digembleng tenaga, modal dan idea sebaik mungkin pasti mampu meningkatkan ekonomi anggota.

Berita Selanjutnya KLIK DISINI..

ALAMAT BARU SKM..

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Tingkat 10-15, 17-19,
100 Putra Place,100 Jalan Putra
50350 Kuala Lumpur

Talian Hotline : 03-4047 4000

Faks : 03-4047 4100

Laman Web : www.skm.gov.my

E-Mel : webmaster@skm.gov.my

ANGKASA untung RM2.6 bilion tahun lalu

2010/06/09

KOTA BHARU: Urus niaga yang dijalankan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) bagi tahun kewangan 2009 berjumlah RM8.965 bilion dengan catatan keuntungan RM2.6 bilion, katanya Timbalan Yang Di Pertuanya, Datuk Abdul Fattah Abdullah.

"Dengan jumlah itu, ia mencatat pertumbuhan 1.0 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2009, iaitu satu angka yang tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Pengurusan Koperasi dan Keanggotaan Angkasa di sini hari ini. Abdul Fattah berkata, daripada 7,215 koperasi di seluruh negara, sebanyak 4,030 koperasi berdaftar sebagai ahli ANGKASA dan menjalankan pelbagai perniagaan masing-masing.

Sehingga akhir tahun lalu, katanya, jumlah modal berbayar terkumpul ialah RM8.9 bilion manakala nilai keseluruhan aset yang dimiliki ANGKASA mencecah RM65 bilion.

Bagi Kelantan, beliau berkata urus niaga bernilai RM259.6 juta dijalankan pada tahun lalu dengan jumlah keuntungan terkumpul RM18.7 juta.

"Kelantan kini mencatatkan pelaburan RM184.9 juta manakala nilai eset keseluruhan sebanyak RM412 juta," katanya.
Sehubungan itu, beliau menyarankan semua koperasi di negara ini mendaftar dengan ANGKASA bagi membolehkan kemudahan dinikmati termasuk penerangan, seminar, kursus pengurusan, lawatan sambil belajar dan kemudahan kredit bagi tujuan tertentu.

"Saya harap lebih banyak lagi koperasi mendaftar sebagai ahli ANGKASA bagi membolehkan pelbagai kemudahan dinikmati termasuk urusan laporan tahunan koperasi," katanya.

Sementara itu, Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Kelantan, Anuar Mohd, ketika berucap pada majlis sama, berkata semua koperasi diminta membuat laporan tahunan bagi mengelak tindakan mahkamah dikenakan.

Beliau berkata, sekiranya gagal berbuat demikian sehingga tempoh tiga tahun, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan termasuk tindakan awal, mengenakan kompaun.

"Saya harap ianya menjadi tradisi, di mana setiap tahun diadakan mesyuarat agung tahunan bagi membentangkan laporan tahunan kepada ahli yang berhak mengetahuinya," katanya. - BERNAMA