Thursday, January 14, 2010

KENYATAAN AKHBAR SKM...

Pembatalan Pendaftaran Koperasi Usahawan Putrajaya Berhad (KOUP)
Di Bawah Seksyen 71(1)(c) Akta Koperasi 1993
Oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia


• Pada awal tahun 2009, SKM telah menerima aduan-aduan daripada pelbagai pihak mengenai skim pengambilan deposit dan pemberian pinjaman oleh KOUP. KOUP telah didaftarkan pada 31 Disember 2007 di mana aktiviti utamanya untuk membantu usahawan-usahawan dan peniaga-peniaga bumiputra yang berniaga dan tinggal di Putrajaya.
• SKM telah menjalankan pemeriksaan ke atas KOUP dan mendapati KOUP telah ditadbir oleh sekumpulan orang yang tidak berkelayakan untuk menggunakan hak sebagai anggota kerana gagal mematuhi Akta Koperasi 1993 dan undang-undang kecil koperasi tersebut.
• Pentadbiran dan pengurusan KOUP yang mendakwa menjadi anggota tidak mempunyai 'locus standi' sebagai anggota selaras dengan undang-undang kecil koperasi dan telah dilantik menjadi anggota lembaga melalui pemilihan Lembaga dalam Mesyuarat Agung Pertama yang tidak sah.
• SKM juga teah mengenalpasti bahawa tindakan-tindakan berikut yang telah diambil oleh anggota lembaga tersebut bertentangan dengan peruntukan undang-undang, iaitu:-

i. Menerima masuk anggota baru dengan cara yang tidak selaras dengan undang-undang kecil koperasi;
ii. Menjalankan aktiviti kredit tanpa meminda undang-undang kecil koperasi terlebih dahulu untuk membenarkan aktiviti tersebut dijalankan;
iii. Mengambil deposit lebih RM20 juta dan menjalankan aktiviti 'micro financing' yang tidak selaras dengan undang-undang kecil koperasi.
• Susulan daripada penemuan ini, satu perintah telah dikeluarkan oleh SKM untuk membekukan akaun koperasi dan membatalkan pendaftaran koperasi pada 2 Jun 2009.
• Selaras dengan prinsip keadilan undang-undang, pada 5 Mei 2009 SKM telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada KOUP. Pada 11 Mei 2009, KOUP telah mengemukakan jawapan tetapi tidak menafikan pertuduhan terhadapnya. Pihak-pihak yang mewakili KOUP juga telah diberikan peluang untuk merayu selaras dengan peruntukan Akta Koperasi.
• Pada 25 November 2009, SKM telah memaklumkan rayuan KOUP kepada Menteri telah ditolak dan oleh itu, mengesahkan pembatalan KOUP berkuatkuasa pada 25 November 2009.
• Sekiranya terdapat individu atau kumpulan yang masih lagi meneruskan aktiviti KOUP, mereka hendaklah menghentikan aktiviti tersebut dengan serta-merta. Adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Koperasi bagi sesiapa yang ingkar pada perintah ini.
• SKM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan terhadap mereka.
• SKM telah melantik seorang pelikuidasi bagi menguruskan aset dan tanggungan koperasi selaras dengan seksyen 75 Akta Koperasi 1993.
• Untuk sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, bolehlah menghubungi pegawai-pegawai SKM berikut:-

Nama pegawai : Tn. Hj. Dawam bin Hassan
No. Telefon : 03-2081 2400
E-mel : dawam@skm.gov.my

Nama pegawai : En. Zahari bin Omar
No. Telefon : 03-2081 2400
E-mel : zahariomar@skm.gov.my

Nama pegawai : Pn. Rohana binti Mazlan
No. Telefon : 03-2081 2400
E-mel : rohanamazlan@skm.gov.my

No comments:

Post a Comment