Monday, June 13, 2011

MESYUARAT ALK KE 11...

Dengan segala hormatnya menjemput Ahli Lembaga Koperasi ke Mesyuarat Lembaga Koperasi Usahawan Islam Malaysia Berhad kali ke 11 yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh: 15 Jun 2011 (Rabu)

Masa: 5.30 petang

Tempat: No.14-1F, Jalan Au 1A/4A, Taman Keramat Permai, Kuala Lumpur.


Kehadiran tuan/puan adalah sangat dihargai.

Thursday, May 19, 2011

KURSUS DI MKM

Borang Peserta Kursus KLIK DISINI

Panduan UMUM Aturcara Kursus KLIK DISINI

SENARAI KURSUS BULAN MEI 2011 KLIK DISINI

KADAR BAYARAN KURSUS ADALAH RM25.00 (Dipulangkan) KLIK DISINI

SENARAI KURSUS BULAN JUN 2011 KLIK DISINI


Berikut adalah kursus yang dikendalikan oleh Maktab Kerjasama Malaysiabagi tahun 2011. KLIK DISINI.

NOTA:

Semua ALK (Ahli Lembaga Koperasi) disarankan menghadiri kursus ML100 kerana ini adalah kursus yang diperlukan atau kelayakan sebagai ALK.

Tarikh Kursus ML100 ialah seperti berikut:-

Pada 6 -7 Jun 2011,
27 - 28 Julai 2011,
26 - 27 September 2011,
24 - 25 OKT 2011

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG PERTAMA

Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Usahawan Islam Selangor yang pertama telah dijalankan pada 2 April 2011, jam 3 petang, di Dewan Mesyuarat YSP di Diamond Square.

Semua ahli yang layak telah menghadiri mesyuarat berkenaan dan telah memilih 5 anggota lembaga yang baru.

TAHNIAH..!

Tuesday, February 15, 2011

Kenyataan Akhbar SKM: Mengenai Isu Penggunaan Nama "Co-opbank"

Pada 29 November 2010 Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Suruhanjaya) telah mengeluarkan surat kebenaran kepada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) untuk menubuhkan sebuah koperasi menengah yang menjalankan aktiviti perbankan.
Koperasi dalam penubuhan ini tidak dibenarkan menggunakan nama “Co-opbank” untuk tujuan pendaftaran. Penggunaan nama Koperasi Co-opbank Islam Malaysia Berhad hanya boleh digunakan setelah Suruhanjaya berpuashati bahawa Koperasi ini telah mematuhi sepenuhnya Garis Panduan 11 - Garis Panduan Koperasi Menjalankan Aktiviti Perbankan dan juga setelah mendapatkan kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM).
Walau bagaimanapun, ANGKASA telah beberapa kali membuat kenyataan akhbar mengenai “Islamic bank for ANGKASA” di akhbar The STAR dan “Bank Pertama ANGKASA dapat kelulusan SKM” di akhbar Utusan Malaysia. Daripada kenyataan yang tidak tepat ini telah menyebabkan orang awam beranggapan operasi bank tersebut telah bermula dan Suruhanjaya banyak menerima pertanyaan-pertanyaan mengenainya.

Berdasarkan kepada beberapa kenyataan akhbar yang diberikan oleh ANGKASA, Suruhanjaya telah mengeluarkan surat peringatan kepada ANGKASA supaya tidak menggunakan perkataan “Bank” atau “Co-opbank” semasa membuat penerangan penubuhan Koperasi tersebut. Penggunaan perkataan “bank” atau apa-apa terbitan perkataan ini dalam apa-apa bahasa adalah di bawah bidang kuasa BNM menurut seksyen 15 Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 (BAFIA).

KURSUS ANJURAN MKM..

Sila klik dibawah ini..!

http://www.mkm.edu.my/web/guest/permohonan_kursus_jangka_pendek

http://www.mkm.edu.my/web/guest/carian_kursus

Wednesday, June 9, 2010

PROJEK MASA DEPAN ANGKASA..


Prof. Dato’ Dr. Haji Mohd. Ali Haji Baharum turut menyentuh mengenai bidang perniagaan yang akan diceburi oleh ANGKASA bagi meningkatkan pendapatannya. Antaranya ialah projek BUSANA iaitu perniagaan uniform sekolah, perniagaan kertas, Skim Tabarru’, wakaf koperasi dan ejen kutipan zakat.

“Apa yang pasti ANGKASA tidak akan bersaing dengan mana-mana koperasi dalam perniagaan yang akan diceburinya nanti. Selain itu, ANGKASA turut merakamkan terima kasih atas keprihatinan pihak kerajaan kerana sentiasa memberi kerjasama yang cukup baik. Misalnya, urusan potongan gaji masih lagi diserahkan kepada kami walaupun ada beberapa pihak cuba mendapatkan kod potongan dari pihak kerajaan dalam kegiatan tersebut,” jelas beliau.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua ANGKASA, Dato’ Haji Abdul FattahHaji Abdullah menyentuh mengenai penyertaan ang-gota dalam gerakan kope-rasi. Katanya, kira-kira 96 peratus keanggotaan kope-rasi adalah terdiri daripada orang-orang Melayu. Jika digembleng tenaga, modal dan idea sebaik mungkin pasti mampu meningkatkan ekonomi anggota.

Berita Selanjutnya KLIK DISINI..

ALAMAT BARU SKM..

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Tingkat 10-15, 17-19,
100 Putra Place,100 Jalan Putra
50350 Kuala Lumpur

Talian Hotline : 03-4047 4000

Faks : 03-4047 4100

Laman Web : www.skm.gov.my

E-Mel : webmaster@skm.gov.my

ANGKASA untung RM2.6 bilion tahun lalu

2010/06/09

KOTA BHARU: Urus niaga yang dijalankan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) bagi tahun kewangan 2009 berjumlah RM8.965 bilion dengan catatan keuntungan RM2.6 bilion, katanya Timbalan Yang Di Pertuanya, Datuk Abdul Fattah Abdullah.

"Dengan jumlah itu, ia mencatat pertumbuhan 1.0 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2009, iaitu satu angka yang tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Pengurusan Koperasi dan Keanggotaan Angkasa di sini hari ini. Abdul Fattah berkata, daripada 7,215 koperasi di seluruh negara, sebanyak 4,030 koperasi berdaftar sebagai ahli ANGKASA dan menjalankan pelbagai perniagaan masing-masing.

Sehingga akhir tahun lalu, katanya, jumlah modal berbayar terkumpul ialah RM8.9 bilion manakala nilai keseluruhan aset yang dimiliki ANGKASA mencecah RM65 bilion.

Bagi Kelantan, beliau berkata urus niaga bernilai RM259.6 juta dijalankan pada tahun lalu dengan jumlah keuntungan terkumpul RM18.7 juta.

"Kelantan kini mencatatkan pelaburan RM184.9 juta manakala nilai eset keseluruhan sebanyak RM412 juta," katanya.
Sehubungan itu, beliau menyarankan semua koperasi di negara ini mendaftar dengan ANGKASA bagi membolehkan kemudahan dinikmati termasuk penerangan, seminar, kursus pengurusan, lawatan sambil belajar dan kemudahan kredit bagi tujuan tertentu.

"Saya harap lebih banyak lagi koperasi mendaftar sebagai ahli ANGKASA bagi membolehkan pelbagai kemudahan dinikmati termasuk urusan laporan tahunan koperasi," katanya.

Sementara itu, Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Kelantan, Anuar Mohd, ketika berucap pada majlis sama, berkata semua koperasi diminta membuat laporan tahunan bagi mengelak tindakan mahkamah dikenakan.

Beliau berkata, sekiranya gagal berbuat demikian sehingga tempoh tiga tahun, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan termasuk tindakan awal, mengenakan kompaun.

"Saya harap ianya menjadi tradisi, di mana setiap tahun diadakan mesyuarat agung tahunan bagi membentangkan laporan tahunan kepada ahli yang berhak mengetahuinya," katanya. - BERNAMA

Friday, March 12, 2010

MENIMBA PENGALAMAN KURSUS WAJIB KOPERASI DI MKM..


Salam semua,

Pada 8 dan 9 Mac telah menghadiri kursus wajib (ML100) di Maktab Kerjasama Koperasi. Antara tajuk yg disampaikan dlm Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi (ML100) ialah
1. Kefahaman Koperasi
2. Tugas dan Tanggungjawab Anggota Lembaga Koperasi (ALK)
3. Undang-undang dan Peraturan Mesyuarat Koperasi
4. Pengurusan Kewangan Koperasi
5. Tadbir Urus Koperasi
6. Pertikaian dan Kesalahan Yg Lazim dilakukan oleh ALK dan Penalti.
Dan banyak lagi perkara baru yg boleh ditimba dlm kursus ini apatah lagi berkesempatan bertemu dgn peserta-peserta dari seluruh negara yg seramai 70 orang dari 40 buah koperasi.

Antaranya:-

Sebuah koperasi dari Jengka telah membuka sebuah stesyen minyak Petronas.
Sebuah Koperasi dari Kelantan ditubuhkan dari 5 keluarga adik beradik untuk menjalankan aktiviti hartanah.

Sebuah Koperasi dari Shah Alam ditubuhkan oleh pesara-pesara sbg mengisi ruang aktiviti masa lapang mereka.
ALK-ALK Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar, Amanah Raya dll turut hadir.
Sebuah koperasi dari Pahang baru terima tanah dari kerajaan negeri 120 ekar, Koperasi ini terdiri dari masyarakat berbilang kaum.

Dan banyak lagi yang boleh dikongsi sekiranya kita mempunyai minat untuk menaikkan ekonomi kita melalui KOPERASI.

SELAMAT MAJU JAYA...!!!
Onn Abu Bakar

Sebuah lagi bank koperasi akhir tahun..


1 KOMUNITI 1 KOPERASI..

MESYUARAT LEMBAGA KALI KE 4..

Mesyuarat Anggota Lembaga Koperasi kali ke 4 telah selamat bermesyuarat pada:-

Tarikh: 17 Feb 2010 (Rabu)
Masa: 8.30 malam
Tempat: No. 14-2G, Jalan AU 1A/4A, Taman Keramat Permai, Kuala Lumpur..

Monday, January 18, 2010

MESYUARAT LEMBAGA KALI KE 3

Makluman kepada semua anggota lembaga koperasi mesyuarat lembaga kali ke 3 adalah seperti tempat dan waktu seperti dibawah:-

Tarikh: 22 Jan 2010 (Jumaat)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Bilik Mesyuarat, No. 41-1, Tingkat 2, Jalan Dwitasik 1, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri.

Sunday, January 17, 2010

Angkasa rancang pasar raya produk koperasi..

Sila klik pada keratan akhbar tersebut untuk paparan lebih besar

KEMPEN 1KOMUNITI 1KOPERASI


Sila klik pada keratan akhbar tersebut untuk paparan lebih besar

Thursday, January 14, 2010

AHLI LEMBAGA DIWAJIBKAN KURSUS...!!!

Kursus Wajib ANGKASA Siri 1
Kursus ini merupakan Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi yang diwajibkan kepada Anggota Lembaga Koperasi (ALK) berdasarkan Pekeliling Ketua Pendaftar Koperasi Bil 1. Tahun 2002.

Pelaksana dan Urusetia
Bahagian 4P ANGKASA.

Penganjur

  1. Bahagian 4P ANGKASA
  2. Jawatankuasa Perhubungan Negeri (JPN)

Kelayakan Peserta
Peserta yang layak menghadiri kursus ini adalah seperti berikut:

  1. Anggota Lambaga Koperasi (ALK) yang belum menghadiri kursus
  2. Anggota-anggota koperasi yang berpotensi dipilih sebagai ALK (sekiranya ada kekosongan)

Bilangan Perserta
Peserta bagi setiap kursus adalah 50 orang.

Modul Kursus
Fokus diberi kepada aspek-aspek pengurusan dan pentadbiran koperasi yang mengandungi 6 Modul iaitu:

  • Jati Diri dan Kefahaman Koperasi
  • Memahami Penyata Kewangan Koperasi
  • Tadbir Urus Baik Koperasi
  • Undang-Undang dan Peraturan Koperasi
  • Kaedah Pengurusan Kewangan Koperasi
  • Hak dan Tanggungjawab Anggota Lembaga Koperasi

Setiap peserta akan dibekalkan modul kursus semasa pendaftaran peserta. Peserta-peserta digalakkan membawa buku nota dan rujukan-rujukan berkaitan.

Sijil
Sijil kursus akan diberikan kepada setiap peserta yang menghadiri kursus ini dengan kehadiran penuh dan menjawab soalan uji kefahaman kursus serta syarat-syarat lain yang ditetapkan. Sijil akan dihantar kepada pihak Koperasi masing-masing.

Pilihan Proram
Dua pilihan program disediakan adalah seperti berikut :-

  1. Bermalam (3 hari 2 malam)
  2. Tidak bermalam (2 hari)

Penginapan Dan Makan/Minum

  • Pakej Bermalam

    Peserta akan disediakan bilik penginapan untuk dua orang sebilik (twin-sharing) dan makan/minum disediakan mengikut atur cara yang ditetapkan.

    Pihak penganjur tidak akan menanggung peserta yang tinggal seorang sebilik kecuali berlainan jantina atau bilangan peserta ganjil.

Bagi pakej ini, urusan tempahan hotel akan diuruskan oleh Bahagian 2P ANGKASA.

  • Pakej Tidak Bermalam

    Penginapan tidak disediakan dan makan/minum akan disediakan mengikut atur cara yang ditetapkan.

Pembiayaan
Kos penginapan dan makan/minum dibiayai sepenuhnya oleh Bahagian 4P ANGKASA dan bayaran akan dibuat terus oleh ANGKASA Pusat kepada pihak pengurusan hotel di mana tempat kursus diadakan. Sekiranya peserta yang hadir kurang daripada bilangan tempahan yang dibuat, bayaran bagi hari pertama kursus akan dibuat mengikut jumlah tempahan dan bayaran bagi hari kedua akan dibuat mengikut bilangan sebenar kehadiran peserta.

Bagi kursus yang dianjur oleh JPN, agensi kerajaan dan koperasi, sekiranya peserta kursus yang hadir kurang dari yang dijanjikan, pembayaran pada hari pertama dan kedua adalah mengikut jumlah sebenar peserta yang hadir. Bakinya perlu diselesaikan oleh penganjur berkenaan.

Kos Penyertaan
Tiada apa-apa bayaran dikenakan bagi menyertai kursus ini. Kos tambang pergi dan balik ke tempat kursus ditanggung oleh peserta/koperasi masing-masing.

Cara Memohon
Penganjur (JPN) hendaklah memohon terus kepada Bahagian 4P ANGKASA melalui borang permohonan kursus yang dilampirkan. Borang permohonan tersebut hendakdah dimajukan sekurang-kurang sabulan sebelum tarikh kursus dilaksanakan.

Pengesahan kehadiran secara bertulis dari pihak penganjur hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh kursus dijalankan. Bahagian 4P ANGKASA akan membuat pengesahan rasmi secara bertulis, dalam tempoh dua minggu sebelum kursus dijalankan.

Sebarang pindaan tarikh kursus hendaklah dimaklumkan secara bertulis dalam tempoh tiga minggu lebih awa1. Satu tarikh baru akan ditetapkan atas persetujuan bersama.

Bagi kursus yang dianjurkan oleh JPN, agensi kerajaan dan koperasi, senarai nama peserta yang lengkap hendaklah dimajukan kepada Bahagian 4P ANGKASA selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh kursus dijalankan.

Pembatalan kursus pada saat-saat akhir tidak dibenarkan kerana segala urusan tempahan hotel dan makan/minum serta penceramah terlibat telah diuruskan terlebih awal.

Penyelarasan
Bagi kursus yang dianjurkan oleh pihak JPN, seorang penyelaras JPN layak untuk menyelaras kursus ini mengikut peraturan di bawah:-

  1. Mendapat kelulusan bertulis daripada Bahagian 4P ANGKASA.
  2. Urusan penyertaan peserta mengikut bilangan yang ditetapkan hendaklah diuruskan oleh pihak JPN. Penyertaan peserta hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga buah koperasi.
  3. Sebuah bilik penginapan akan disediakan untuk penyelaras JPN.
  4. Laporan penyelarasan hendaklah disediakan dengan menggunakan borang Laporan Penyelaras Kursus yang disediakan oleh Bahagian 4P ANGKASA. Laporan penyelarasan hendaklah dimajukan dalam tempoh dua mingpu selepas iarikh kursus dijalankan.
  5. Kelayakan tuntutan menyelaras kursus adalah berdasarkan peraturan kewangan ANGKASA.
  6. Menguruskan persediaan dewan, makan dan minum mengikut aturcara
  7. Penyelaras hanya boleh membuat tuntutan sebuah kereta sahaja jika terdapat lebih dadripada satu program ditempat, masa dan anjuran JPN yang sama.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Kursus, Bahagian Pelajaran 4P ANGKASA di talian seperti berikut:-

Hotline
-
03-78037709

-
03-78038024
Kerani Kanan
-
03-78007851
Ketua Unit
-
03-78008133
TKB4P
-
03-78007894

KURSUS WAJIB..

Kursus ini merupakan Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi yang diwajibkan kepada Anggota Lembaga Koperasi (ALK) berdasarkan Pekeliling Ketua Pendaftar Koperasi Bil 1. Tahun 2002.

Pada 9hb Jan -11 Jan 2010

Kursus Wajib Siri 1 (Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi) - WP

Penganjur : SKM WP/ ANGKASA
Tempat : Cameron Highlands
Tetamu VVIP : Pengarah SKM WP

Program Pemadanan Perniagaan..

Program Pemadanan Perniagaan

Kriteria Pemilihan Syarikat Sendirian Berhad
untuk Program Pemadanan Perniagaan

1.

Tujuan


Menentukan kriteria pemilihan syarikat sendirian berhad untuk tujuan program Pemadanan Perniagaan di antara koperasi dengan syarikat sendirian berhad.

2.

Program Pemadanan Perniagaan


Maksud program Pemadanan Perniagaan ialah syarikat sendirian berhad menyediakan atau menawar peluang-peluang perniagaan dan mewujudkan kerjasama perniagaan dengan koperasi.

3.

Syarikat Sendirian Berhad


Maksud syarikat sendirian berhad ialah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Syarikat 1965.

4.

Kriteria Pemilihan Syarikat


4.1Syarikat sah berdaftar dengan SSM;
4.2Modal berbayar - tidak kurang daripada RM100,000;
4.3Syarikat ditubuhkan tidak kurang 2 tahun;
4.4Mempunyai produk atau perkhidmatan untuk ditawarkan kepada koperasi;
4.5Produk atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada koperasi telah mendapat kelulusan daripada pihak-pihak berwajib;
4.6Mempunyai pejabat berdaftar dan Setiausaha Syarikat;
4.7Berpengalaman dalam perniagaan tidak kurang 2 tahun;
4.8Syarikat memperolehi keuntungan;
4.9Mengemukakan penyata kewangan terkini;
4.10Tidak terlibat dengan masalah perundangan;
4.11

Lain-lain maklumat (jika perlu).


5.

Pengecualian


5.1

Perniagaan tunggal (ROB) yang dinaikkan taraf kepada syarikat sendirian berhad boleh dipertimbangkan walaupun tempoh penubuhannya kurang dari 2 tahun.


6.

Jawatankuasa Pemilihan Syarikat


Mana-mana syarikat yang berminat mengikuti program Pemadanan Perniagaan perlulah menyediakan kertas kerja dan membentangkan konsep perniagaan kepada Jawatankuasa Pemilihan yang terdiri daripada:-


6.1

Ketua Sektor Pembangunan; - Pengerusi

6.2

Pengarah Bahagian Pembangunan Koperasi; - Timbalan Pengerusi

6.3

Pengarah/ wakil Bahagian Promosi dan Pengembangan;

6.4

Pengarah/ wakil Bahagian Dasar dan Perancangan Pembangunan;

6.5

Pengarah/ wakil Bahagian Pembiayaan Kredit;

6.6

Pengarah/ wakil Bahagian Penyeliaan Off-Site;

6.7

Pegawai-pegawai Bahagian Pembangunan Perniagaan.

7.

Kekerapan Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Syarikat


Sekurang-kurangnya 2 bulan sekali.

8.

Mesyuarat Pengurusan SKM


Keputusan pemilihan syarikat oleh Jawatankuasa Pemilihan Syarikat akan dibentang untuk kelulusan Mesyuarat Pengurusan SKM.

9.

Hebahan Keputusan


Keputusan akan dihebahkan secara bertulis kepada:-


9.1Pejabat SKM Negeri;
9.2

Syarikat-syarikat yang berkaitan.

10.

Tanggungjawab SKM


SKM tidak boleh dipertanggungjawabkan di atas segala masalah yang berlaku atau projek tidak dapat dilaksanakan atau sebarang kerugian yang dialami hasil daripada program Pemadanan Perniagaan ini.

KENYATAAN AKHBAR SKM...

Pembatalan Pendaftaran Koperasi Usahawan Putrajaya Berhad (KOUP)
Di Bawah Seksyen 71(1)(c) Akta Koperasi 1993
Oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia


• Pada awal tahun 2009, SKM telah menerima aduan-aduan daripada pelbagai pihak mengenai skim pengambilan deposit dan pemberian pinjaman oleh KOUP. KOUP telah didaftarkan pada 31 Disember 2007 di mana aktiviti utamanya untuk membantu usahawan-usahawan dan peniaga-peniaga bumiputra yang berniaga dan tinggal di Putrajaya.
• SKM telah menjalankan pemeriksaan ke atas KOUP dan mendapati KOUP telah ditadbir oleh sekumpulan orang yang tidak berkelayakan untuk menggunakan hak sebagai anggota kerana gagal mematuhi Akta Koperasi 1993 dan undang-undang kecil koperasi tersebut.
• Pentadbiran dan pengurusan KOUP yang mendakwa menjadi anggota tidak mempunyai 'locus standi' sebagai anggota selaras dengan undang-undang kecil koperasi dan telah dilantik menjadi anggota lembaga melalui pemilihan Lembaga dalam Mesyuarat Agung Pertama yang tidak sah.
• SKM juga teah mengenalpasti bahawa tindakan-tindakan berikut yang telah diambil oleh anggota lembaga tersebut bertentangan dengan peruntukan undang-undang, iaitu:-

i. Menerima masuk anggota baru dengan cara yang tidak selaras dengan undang-undang kecil koperasi;
ii. Menjalankan aktiviti kredit tanpa meminda undang-undang kecil koperasi terlebih dahulu untuk membenarkan aktiviti tersebut dijalankan;
iii. Mengambil deposit lebih RM20 juta dan menjalankan aktiviti 'micro financing' yang tidak selaras dengan undang-undang kecil koperasi.
• Susulan daripada penemuan ini, satu perintah telah dikeluarkan oleh SKM untuk membekukan akaun koperasi dan membatalkan pendaftaran koperasi pada 2 Jun 2009.
• Selaras dengan prinsip keadilan undang-undang, pada 5 Mei 2009 SKM telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada KOUP. Pada 11 Mei 2009, KOUP telah mengemukakan jawapan tetapi tidak menafikan pertuduhan terhadapnya. Pihak-pihak yang mewakili KOUP juga telah diberikan peluang untuk merayu selaras dengan peruntukan Akta Koperasi.
• Pada 25 November 2009, SKM telah memaklumkan rayuan KOUP kepada Menteri telah ditolak dan oleh itu, mengesahkan pembatalan KOUP berkuatkuasa pada 25 November 2009.
• Sekiranya terdapat individu atau kumpulan yang masih lagi meneruskan aktiviti KOUP, mereka hendaklah menghentikan aktiviti tersebut dengan serta-merta. Adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Koperasi bagi sesiapa yang ingkar pada perintah ini.
• SKM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan terhadap mereka.
• SKM telah melantik seorang pelikuidasi bagi menguruskan aset dan tanggungan koperasi selaras dengan seksyen 75 Akta Koperasi 1993.
• Untuk sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, bolehlah menghubungi pegawai-pegawai SKM berikut:-

Nama pegawai : Tn. Hj. Dawam bin Hassan
No. Telefon : 03-2081 2400
E-mel : dawam@skm.gov.my

Nama pegawai : En. Zahari bin Omar
No. Telefon : 03-2081 2400
E-mel : zahariomar@skm.gov.my

Nama pegawai : Pn. Rohana binti Mazlan
No. Telefon : 03-2081 2400
E-mel : rohanamazlan@skm.gov.my

Wednesday, December 23, 2009

SENARAI AHLI LEMBAGA

1. Hj Md. Shah bin Amin - Pengerusi
2. Dr Hasan bin Jamil - Ahli Lembaga
3.
Dato’ Hj Mat Ghazali bin Abd Rakim - Ahli Lembaga
4. Onn Abu Bakar - Setiausaha
5.
Anuar Syamsi Md Yasin -Bendahari
6. Zunaini binti Yusof
-Ahli Lembaga
7. Thuraiya binti Abdul Aziz -Ahli Lembaga
8. Baharom bin Harun -Ahli Lembaga
9. Nordin bin Ismail -Ahli Lembaga
10. Zakaria bin Ab. Rahim -Ahli Lembaga
11. Amran bin Mohd Harith -Ahli Lembaga
12. Johari bin Musa -Ahli Lembaga